PENGENALAN
Program Pemasaran Produk Usahawan
Selaras dengan fungsi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) sebagai sebuah agensi yang menggerak pembangunan masyarakat setempat, PERDA telah melaksanakan pelbagai projek-projek mahupun program-program pembangunan ekonomi yang bertujuan untuk memajukan kumpulan sasar PERDA dalam semua bidang sosio-ekonomi.
Antara inisiatif yang diambil oleh Bahagian Pembangunan Ekonomi, di bawah Unit Pembangunan Usahawan ialah dengan menganjurkan Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (Penang Bumiputera Entreprenuer Expo - PenBEX) pada tahun 2011 dengan melebihi 250 penyertaan yang bukan sahaja memberi peluang kepada para usahawan mempromosikan produk, malahan memberi peluang kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan bergabung tenaga dalam memperkasakan sistem penyampaian melalui program berkenaan.
Selain itu, PERDA juga terlibat dalam membantu para usahawan Bumiputera Pulau Pinang mempromosi produk melalui program-program promosi yang berjalan sepanjang tahun sebagai salah satu bentuk sokongan dan dokongan PERDA bagi memastikan usahawan-usahawan bimbingan PERDA dapat bersaing dalam situasi ekonomi yang mencabar.
Antara program-program promosi yang dianjurkan adalah seperti berikut :-
1. Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2011)
2. International Cocoa & Consumer Show
3. Indonesia Malaysia Thailand - Growth Triangle
4. Halal Fest (HALFEST 2011)
5. China Asean Expo 2011 (CAEXPO 2011)
6. Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia
7. Promosi Aidiladha
Program promosi ini memberi fokus kepada penglibatan secara menyeluruh usahawan-usahawan bimbingan PERDA dalam memperkenalkan produk-produk keluaran syarikat masing-masing kepada orang ramai.